The Way We See


Pameran ini merupakan salah satu usaha pihak Fakulti Seni Halus di Akademi Seni Buday dan Warisan Kebangasaan (ASWARA) bagi mengetengahkan hasil karya kreativiti pencitraan dari kerja tangan pensyarah dan pelajarnya sebagai sebuah Akademi senibudaya di Malaysia yang utama, suda masanya ASWARA mendokumentasikan hasil karya para pensyarah dan pelajar bagi meletakkan mereka dalam sejarah seni rupa Malaysia pada masa akan datang. Ia juga sebahagian dari langkah terpenting ASWARA untuk memperlihatkan kepada kerajaan akan keterlibatian pensyarah dan pelajar dalam dunia seni rupa.

Seni yang kini menjadi kepentingan kepada kerajaan dalam melihat bidang industri kreatif ini berdaya saing dan terus maju telah menjadi pencetus kepada hasil ilham untuk mengadakan pameran ini. Untuk itu, pameran ini kan memaparkan hasil karya dengan bentuk dan gaya tersendiri melalui kepelbagaian medium yang membentuk sebuah Lukisam, Catan, Arca, Fotografi dan lain-lain melalui pendektatan "The Way We See".